Prestasi Wahed Invest pada 2021 dan 2022 agak suram disebabkan pelbagai faktor yang mempengaruhi sektor teknologi. Tahun 2023 ni baru nampak return yang memuaskan.

Di bawah ialah update portfolio peribadi saya sendiri. Saya juga akan senaraikan beberapa faktor yang mempengaruhi loss dan return dalam portfolio serta strategi saya moving forward.
- Prestasi terkini portfolio saya dalam Wahed Invest
- Kenapa 2023 baru nampak return?
- Kenapa 2021 dan 2022 prestasi suram?
- Fee Wahed mahal? – Kenapa tak direct beli HLAL ETF?
- Apa strategi moving forward? – my own Do’s and Don’t
Prestasi Terkini Portfolio Saya Dalam Wahed Invest
- Jumlah pelaburan : RM14,000
- Nilai Semasa: RM15,637.75
- Pulangan semasa (setakat 7 Julai 2023) : 13.64%
- Tarikh mula invest: Jan 2021
- Jenis portfolio: Sangat Agresif
- Jenis transaksi: Lumpsum dan DCA

Kenapa 2023 baru nampak return?
Untuk portfolio Sangat Agresif, sekitar 86% wang saya dilaburkan ke dalam HLAL ETF. Untuk faham dari mana datangnya return ni, kita lihat apa pegangan sahamnya. Berikut adalah largest holdings dalam HLAL;

ETF HLAL memang ‘berat’ kepada saham teknologi, which is why antara the main reason saya pilih untuk melabur dalam Wahed. Tahun 2023 menyaksikan sektor teknologi ‘pulih’ disebabkan faktor berikut;
- Peningkatan dalam penggunaan, minat dan aplikasi AI yang membawa kepada kenaikan saham-saham teknologi
- Kadar inflasi US yang semakin menurun
- Keputusan FED menghentikan sementara kenaikan kadar faedah pada 13 Jun
- Saham Apple yang mencecah market cap. sebanyak 3 trillion pada 30 Jun – Apple ialah largest holding dalam HLAL
Semua faktor ini menyumbang kepada kenaikan HLAL.
Kenapa 2021 dan 2022 prestasi suram?
Sama macam faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan, tapi terbalik.
Ditambah dengan perang Rusia-Ukraine. Berikut adalah penyebab penurunan sektor teknologi pada 2021 dan 2022 yang beri kesan kepada HLAL;
- ‘Recession Fear’ sebab FED naikkan kadar faedah
- NASDAQ dalam ‘bear market’
- Kenaikan kadar inflasi US bermula 2021 sehingga hampir cecah 10% pada 2022
- Perang Rusia – Ukraine. Rusia pembekal terbesar gas dalam pembuatan cip semikonduktor
- Perang semikonduktor US – China
Fee Wahed mahal? – Kenapa tak direct beli HLAL ETF?
Betul juga. Tapi for now, saya rasa selesa beli dalam Wahed sebab;
- Konsep roboadvisor – portfolio masih ada exposure kepada ETF dan cash reserve
- Ada kemudahan untuk automate
- Boleh ubah risk tolerance
| Platform | Wahed Invest | ETF HLAL |
| Fi/Expense Ratio | Kadar Tahunan RM100 – RM499,999.99 -> 0.79% RM500,000 dan ke atas -> 0.39% | 0.5% |
| Fi Tambahan | Min RM2.50 fi bulanan untuk sebarang tambahan portfolio atau, 0.39% atau 0.79%, mana-mana yang lebih tinggi. | Bergantung kepada caj trading dalam platfrom yang digunakan |
Untuk satu akaun atau portfolio sahaja, kita hanya bayar kadar tahunan 0.79% setahun.
Kalau buka lebih daripada satu akaun, baru ada tambahan RM2.50 setiap bulan. Setahun min RM30 untuk satu akauan tambahan.
Bagi saya, lebih baik kekalkan satu akaun sahaja.
Apa Strategi Moving Forward? – My Do’s and Don’ts
#1 Do’s: DCA
Pada awal pelaburan, saya buat lump sum deposit sebelum DCA;
- Lump sum RM3,000 pada 10 Jan 2021
- Lump sum RM7,000 pada 27 Nov 2021
- Mula DCA RM500 setiap bulan sejak Nov 2022
Pemerhatian saya;
Portfolio saya berada dalam negatif sepanjang saya lump sum, dan hanya menunjukkan return positif apabila saya DCA.
Kenapa lump sum awal-awal tu?
Sebab saya takut terguna duit 😩. Jadi saya letak segedebuk dengan harapan ‘out of sight, out of mind.’
Of course, faktor-faktor lain dalam market mempengaruhi return, but DCA lebih selamat sebab kita boleh average-kan harga kita masuk pasaran, especially untuk ETF.
#2. Don’ts: Lump sum
Sama seperti sebab dalam #1.
#3. Do’s – Guna satu akaun/portfolio sahaja
Again, for now saya rasa lebih baik satu akaun saja. Sama seperti penjelasan dalam ruangan ‘Fee’.

#4. Don’ts – Buka lebih daripada satu akaun
Sama seperti sebab #3.
#5. Do’s – Keluarkan return, hentikan sekejap DCA
Kenapa keluarkan return?
Nak transfer masuk EPF. Matlamat saya sekarang nak penuhkan EPF sampai jumlah tertentu.
Can read my strategi untuk bersara dengan dividen EPF here.
It’s not much, tapi saya guna pulangan saya dapat daripada Wahed, jadi saya atak keluarkan modal sendiri.
Plus, sektor teknologi macam sektor lain dalam pasaran saham, ada kitaran. Nanti akan turun juga. Nak biar my own modal dalam Wahed to run for now.
Kenapa nak hentikan sekejap DCA?
Dua sebab;
1- Sebab sekarang HLAL tengah uptrend, will tunggu pullback a bit sebelum masuk semula
2- Saya tengah plan nak tambah position dalam satu stock yang saya hold since 2021. YTD saham tu 100%, it’s really volatile but model perniagaan dia sangat baik. Patut tak saya tulis pasal tentang my finding tentang saham?
That’s it!
Kalau masih baca sampai sini, thank you! Saya mengalu-alukan sebarang cadangan dan teguran dalam komen!
If you find this beneficial, you might also want to follow me here;
Tiktok: https://www.tiktok.com/@syazwanimohsin
Twitter: https://twitter.com/HanaRawrrr



Leave a comment