7 Strategi Bijak Kumpul Duit Beli Kereta Pertama Atau Upgrade Kereta

Tengah cari cara kumpul duit beli kereta yang realistik, praktikal dan tak boring?

Kalau anda tengah cari cara kumpul duit beli kereta pertama (atau nak upgrade yang sekarang), artikel ni memang untuk anda.

Kita akan kupas 7 strategi ‘anti poket bocor’ yang bukan saja merangkumi mindset dan motivasi, tapi siap dengan contoh kira-kira dan.

Ringkasan (TL;DR)

  1. Guna emosi untuk kekal konsisten
  2. Reverse budgeting — simpan & labur dulu, baru belanja (Nak labur kat mana? Baca di bawah)
  1. Jadikan simpanan macam game
  2. Audit duit bocor
  3. Tambah pendapatan
  4. Auto-debit & auto-invest
  5. Sewa/try dulu sebelum beli kereta

1. Simpan Duit Guna Kuasa Emosi, Bukan Logik Semata-Mata

Manusia sememangnya makhluk beremosi. Bila matlamat tu ‘hidup’ dalam kepala, kita jadi lebih fokus dan tak mudah give up.

Jadi bayangkan dengan kereta baru tu nanti korang dapat;

  • Bawa mak ayah jalan-jalan dengan selesa
  • Hantar adik masuk U
  • Bawa keluarga bercuti tepi pantai

Bila sebab kita nak berkereta tu sebab yang beremosi, kita lebih senang nak disiplin.

Setiap kali rasa ‘gatal tangan’ nak ingkar budget sendiri, ingat balik sebab sebenar anda nak beli kereta.

💡 Tulis sebab anda kumpul duit kereta. Tampal dekat dinding bilik atau buat wallpaper phone.

2. Guna Teknik ‘Reverse Budget’ – Simpan & Labur Dulu, Baru Belanja

Biasa kita buat: dapat gaji → belanja dulu → baru tengok ada baki ke tak.

Tapi dengan reverse budgeting, kita terbalikkan.

Contoh:

Gaji RM3,500 → Simpan RM1,000 → Baru guna RM2,500 untuk belanja

Tapi nak simpan + labur di mana?

PlatformAnggaran Pulangan (Setahun)Risiko
ASB/ASM~5% (dividen)Rendah
Tabung Haji~2 %– 3% (dividen)Rendah
ETF HLAL/SPUS~10–12% (capital gain)Sederhana
Kripto (BTC/ETH)~30%+ (capital gain)Tinggi

🧠 Kalau anda beginner, mulakan dengan ASB atau Tabung Haji. Labur ETF dan Kripto hanya jika anda faham risiko.

💡 Kiraan Ringkas: Labur RM1,000 Sebulan Selama 3 Tahun

Katakan anda konsisten simpan RM1,000 sebulan selama 3 tahun (36 bulan), jumlah simpanan asas = RM36,000.

Ini anggaran keuntungan berdasarkan instrumen berbeza:

  • Dalam ASB (dividen ~5% setahun)
    Jumlah akhir: sekitar RM37,000
  • Dalam ETF (seperti SPUS / HLAL – purata pulangan 10%)
    Jumlah akhir: sekitar RM40,000
  • Dalam Kripto (contoh Bitcoin – pulangan sangat volatile, anggaran 25%/tahun)
    Jumlah akhir: boleh jadi RM55,000 atau… kurang dari RM36,000 kalau pasaran jatuh

➡️ Jangan simpan saja, simpan + labur. Paling tidak, dalam ASB.

3. Jadikan Simpan & Labur Duit Macam Satu Game

Kalau orang yang jenis suka main game, perasan tak kenapa diorang boleh hadap main game sampai berjam-jam?

Sebab seronok + ada reward.

Otak kita suka dopamine – ‘fell good’ hormon yang buat kita nak ulang lagi aktiviti tersebut.

Simpan duit memang membosankan kalau tiada misi.

So, tukar mindset: buat jadi game.

Contoh challenge:

  • RM10k dalam 2 tahun
  • 52-week saving challenge (RM1 minggu 1, RM2 minggu 2…)
  • Tabung Level-Up: Setiap kali capai RM500, reward diri sikit — treat matcha latte ke, movie night ke

Bila ada level & ganjaran, simpanan rasa lebih fun, bukan macam beban.

Dan bila korang nampak duit simpanan korang bertambah, korang rasa ‘addicted’ untuk capai lebih lagi.

4. Audit Duit Bocor

Kadang-kadang kita rasa duit “habis macam tu je” — tapi sebenarnya bocor merata.

Audit tempat dekat sini dulu:

  • Langganan streaming yang tak pakai
  • Shopping tak perlu dekat Shopee/TikTok waktu gaji
  • GrabFood tiap kali malas masak

🧠 Tips:
Tengok bank statement 3 bulan kebelakang. Apa yang boleh potong, potong. Duit tu boleh terus auto transfer masuk tabung kereta.

5. Tambah Pendapatan – Jangan Harap Jimat Saja

Ni pahit sikit, tapi real — kalau hanya simpan RM100 sebulan, memang tak ke mana.

So kena usaha tambah income:

  • Freelance: design, menulis, mengajar
  • Side hustle: jual di TikTok Shop, dropship, affiliate marketing
  • Tukar kerja / naik pangkat

☝🏽Ingat: Potong belanja ada limit. Tapi income boleh naik tanpa had. Explore bakat sendiri. Jangan cari cara simpan duit beli kereta saja, tapi cari juga cara upgrade income.

6. Guna Sistem Simpan Paksa Rela (Auto-Debit & Auto-Invest)

Kalau anda jenis cepat ‘tergoda’, guna sistem set & forget.

  • Auto-debit ke ASB / Tabung Haji
  • Auto-invest guna apps: Wahed, Versa
  • Tabung goal-based: MAE

Contoh: Set auto-debit RM300 sebulan → setiap bulan, duit masuk tabung dulu sebelum sempat dibelanja.

7. Jangan Terburu Beli Kereta – Kira Dulu Kos Bela Kereta

Nak tahu rasa bawa kereta impian? Tak perlu beli terus.

Anda boleh;

  • Test drive (percuma je!)
  • Sewa guna SoCar / GoCar

Ambil kira kos sebenar untuk memiliki kereta tersebut, bukan sekadar bayaran bulanan.

Ni contoh pengiraan kos pemilikan kereta proton e.Mas:

KomponenButiran & Anggaran Kos
Harga KeretaRM120,000 (anggaran)
Downpayment (10%)RM12,000
Pinjaman (90%)RM108,000
Ansuran Bulanan (9 tahun, 3.5%)~RM1,200/bulan
Caj Pengecasan~RM100–RM200 sebulan (bergantung penggunaan & lokasi pengecas)
Servis & Penyelenggaraan~RM600 setahun (lebih murah dari kereta petrol)
Tayar (setiap 2 tahun)~RM1,000
Cukai JalanRM20–RM50 (kereta EV lebih murah)
Insurans Tahun Pertama~RM2,500–RM3,000
Simpanan KecemasanRM200–RM300 sebulan

➡️ Total Komitmen Bulanan (kasar): ~RM1,500–RM1,800 sebulan

➡️ Total Kos Tahun Pertama (termasuk downpayment): ~RM35,000–RM38,000

📌 Nota: Ini hanyalah anggaran. Kos sebenar bergantung kepada kadar pinjaman, lokasi, dan tabiat pemanduan anda.

Kadang-kadang, lepas test sendiri dan kira kos sebenar, baru sedar, “eh, belum ready lagi rupanya.”

💡 Sebelum Anda Beli Kereta, Ingat Ni…

❗ Kereta Bukan Aset, Tapi Liabiliti

Nilai dia jatuh sebaik saja keluar showroom. Jadi ukur kewangan betul-betul dulu. Kalau baru mula kerja, tak perlu kejar kereta idaman. Cukup kereta yang bawa A ke B.

❗ Beli Ikut Keperluan, Bukan Nafsu

Masih struggle simpan RM500 sebulan? Jangan aim kereta continental dulu. Beli ikut kemampuan sekarang. Upgrade nanti bila dah stabil.

❗ Ambil Kira Kos Sebenar

  • Ansuran bulanan: RM700–RM900
  • Minyak, servis, cukai jalan, tol, insurans
  • Emergency kereta: Sediakan tabung khas RM200–RM300 sebulan

🚗 Pesanan…

Nak beli kereta, belilah — tapi kena ada:

  • Strategi kewangan yang praktikal
  • Disiplin dan mindset yang betul
  • Sistem yang bantu anda konsisten
  • Beli ikut keperluan, bukan kehendak

Bila dah berjaya simpan + labur duit, anda bukan je dapat kereta, tapi dalam masa yang sama kewangan anda pun jadi lebih kukuh.

Kereta bukan pelaburan, tapi alat. Bila kewangan kita kukuh, kereta jadi memudahkan hidup — bukan membebankan.


Leave a comment

I’m Farhana

Freelance SEO writer for hire

Welcome to sembangduit.com. I share money tips for freelancers, my journey to financial freedom, smart money hacks and the psychology behind how we spend and earn – in both English and Malay. Whether you’re here to learn, relate, or just curious – I’m glad you’re here.

If you’re looking for a writer who gets money talk, freelancing life, and creative strategy—I’m open for hire. Or just drop me a message—I’d love to connect!

Let’s connect